Saturday 8 October 2011


Melayu - Baju Kurung merupakan pakaian tradisional wanita Melayu    turun-temurun. Selain itu, baju kebaya, kurung Kedah dan kebarung. Baju Melayu pula untuk lelaki Melayu.


Cina       - Ceongsam dipakai oleh wanita Cina. Kebiasaannya berwarna merah dan selalu dipakai pada Tahun Baru Cina serta Majlis Perkahwinan.

India      - Sari pakaian tradisional India dan dipakai oleh wanita India. Sari putih dipakai oleh balu dan sari kuning dipakai untuk bernazar di kuil. Kadangkala wanita India juga memakai sut punjabi pada perayaan Deepavali.

Bajau    - Badu Sipak dan Badu Sampit yang merupakan blaus satin berwarna cerah dipakai pada majlis perkahwinan oleh wanita Bajau


Soalan KBKK

1.   Nyatakan 3 kepentingan mengenali dan mengapresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malayisa?
2.   Berikan 3 cara-cara mengekalkan warisan budaya Malaysia?

Tuesday 27 September 2011

::Kenali Budaya Malaysia::

    OBJEKTIF PEMBELAJARAN

 Pada akhir sesi pembelajaran murid dapat:
1.Menyenaraikan jenis-jenis pakaian yang terdapat dalam masyarakat kita mengikut kumpulan kaum.
2.   Membandingkan jenis-jenis pakaian mengikut reka bentuk
3.   Menjawab latihan soalan objektif yang disediakan
4.   Mengenal pasti adab semasa makan.
5.   Mengamalkan adab semasa makan
6.   Berbangga dengan adab makan yang diamalkan

Setiap pakaian tradisional ini mempunyai identitinya yang unik.
 Keunikannya terletak pada  jenis kain, corak, warna, hiasan dan juga potongan pakaian seperti bahagian leher, tangan, badan, seluar, atau kain sarung.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU






PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA





PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA






PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK